PENGENALAN KEPADA BETIK SEKAKI
Betik adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai batang bertisu lembut dan bergetah. Pokoknya boleh tumbuh sehingga 8 meter dan mempunyai daun-daun bercuping. Betik mengeluarkan tiga jenis bunga; iaitu jantan, betina dan dua jantina. Pada pokok jantan, bunga-bunga terdapat dalam jambak dihujung tangkai panjang. Pada pokok betina, bunga-bunganya bertangkai pendek dan terdapat di atas batang pokok. Bunga-bunga dua jantina (hermaphrodite) biasanya lebih panjang, bertangkai pendek dan terdapat di ketiak daun.
|
3 jenis bunga betik: Betina, dua jantina dan jantan |
|
Bunga betina |
|
Bunga dua jantina |
|
Bunga jantan |
|
Bunga 2 jantina |
Terdapat berbagai bentuk, saiz dan warna buah betik. Buah daripada bunga dua jantina adalah bujur panjang, sementara buah daripada bunga betina adalah bulat. Warna kulit buah yang masak adalah kuning , merah jingga atau merah samar. Warna isi pula berbeza daripada kuning emas ke merah. Buah bergred A mempunyai berat sekitar 1 kg dan mempunyai kulit yang licin serta berbentuk bulat bujur.
|
Buah dari bunga betina |
|
Buah dari bunga 2 jantina |
Betik sekaki juga mengeluarkan tiga jenis bunga, hanya pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina akan dikekalkan dan manakala pokok yang lain akan dibuang. Bagi memperolehi seratus peratus pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina, setiap lubang akan ditanam dengan tiga pokok betik dan kerja-kerja membuang pokok-pokok bukan dua jantina akan dibuat setelah pokok mengeluarkan bunga.
Pokok betik sekaki akan mengeluarkan bunga pada bulan ke empat, berbuah dan boleh dipetik pada bulan ke lapan. Proses pengeluaran buah adalah secara berterusan tanpa mengikut musim.Pokok perlu ditanam semula setelah pokok menjadi terlalu tinggi dan kerja-kerja memetik menjadi sukar.Pada kebiasaannya pokok akan ditebang pada tahun ketiga untuk proses penanaman semula.
Betik memerlukan tanah yang subur dan mengadungi saliran yang baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah gembur yang kaya dengan bahan organan. Betik sesuai ditanam diatas tanah yang rata hingga beralun. Ia tidak tahan keadaan air bergenang, walaupun dalam jangkamasa yang pendek. Dianggarkan seekar tanah boleh ditanam sehingga 500 pokok betik.
PENYEDIAAN TANAH
Kawasan yang telah dipilih perlu dibersihkan, dibajak dan dibuat batas bagi mengelak air daripada bertakung ketika hujan lebat. Batas yang telah dinaikkan dengan menggunakan pembajak perlu dibuat lubang dengan jarak 8 kaki diantara pokok dan 10 kaki diantara batas. Setiap lubang perlu dimasukkan dengan baja organan yang sesuai untuk pembesaran anak pokok.
|
Rumpai perlu dibuang dengan cara meracun atau menebas |
|
Tapak yang telah dibersihkan |
|
Tapak yang telah dibajak piring |
|
Batas diperlukan bagi kawasan yang mempunyai masalah air bertakung |
|
Capur ditabur untuk tanah yang mempunyai kadar PH yang rendah |
|
Tanah dicampurkan dengan baja organik |
MENANAM
Betik dibiak daripada biji benih.Sebanyak 4-5 biji benih dimasukkan ke dalam beg plastik yang telah diisi dengan 80 peratus tanah gembur dan 20 peratus tanah medium. Setelah biji benih tumbuh, hanya 3 pokok dikekalkan dan manakala selebihnya dipindahkan ke beg plastik yang mempunyai kadar pertumbuhan kurang daripada 3 pokok. Anak pokok dijaga ditapak semaian selama 2 bulan sebelum dipindahkan ke ladang pada musim hujan. Anak benih boleh disemai dalam tray atau polibag. Pembesaran anak benih yang disemai dalam tray agak pelahan berbanding dalam polibag kerana faktor ruang yang sempit. Tapak semaian mestilah dilindungan daripada cahaya sehingga 70% dengan cara memasang jaring atau diletakkan dibawah pokok bagi mewujudkan suasana yang sesuai bagi pertumbuhan benih.
|
Tapak semaian yang dilindungi daripada pacaran terus cahaya matahari |
|
Anak benih diletakkan dibawah pokok |
|
Semaian dalam tray (100% pit mos) |
|
Semaian dalam polybag (20% pitmos & 80% Top soil) |
|
Anak Benih yang disemai dalm polibag lebih sepat membesar |
|
Anak pokok dipindahkan ke ladang apabila berumur 2 bulan |
|
Anak pokok yang baru dipindahkan perlu disiram bagi mengelakkan daripada kering |
|
Pokok betik yang berusia 3 bulan |
|
Pokok yang berusia 4 bulan dan sedia untuk mengeluarkan bunga |
KAWALAN RUMPAI
Biasanya ladang betik sentiasa dijaga bersih daripada rumpai bagi mengelakkan pembesaran pokok terbantut. Ketika pokok masih kecil, kawalan rumpai dibuat dengan mencabut atau mencangkul disekeliling pangkal pokok. Setelah pokok mencapai ketinggian 5 kaki, kawalan rumpai boleh dibuat dengan cara menyembur racun.
PENGAIRAN
Pokok betik memerlukan air semasa pokok masih muda dan juga semasa kemarau yang berpanjangan . Ketiadaan air untuk jangkamasa yang panjang boleh menyebabkan pokok terbantut, bunya gugur dan akibatnya hasil akan menjadi susut. Pokok-pokok muda perlu disiram 2-3 kali seminggu dan pokok-pokok yang telah matang disiram seminggu sekali. Pengairan secara titis dan semburan adalah yang paling sesuai untuk tanaman betik.
|
Pump diperlukan untuk menyalurkan air ke ladang |
|
Sumber air dari kolam takungan |
|
Sumber air bawah tanah |