Hubungi Kami Di : www.lekiragro@gmail.com

Hubungi kami : www.lekiragro.gmail.com

Manjung, Perak, Malaysia
Lekir Agro didaftarkan pada Tahun 2007 secara perkongsian bagi tujuan menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan pertanian seperti membekal/membeli input pertanian/ternakan, mengambil upah membersihkan tanaman, mengusahakan ladang buah-buahan/sayur-sayuran dan kedai yang membekal/menjual buah-buahan serta produk IKS yang berkaitan.

Saturday, November 6, 2010

Manual Tanaman Betik Sekaki


PENGENALAN KEPADA BETIK SEKAKI

Betik adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai batang bertisu lembut dan bergetah. Pokoknya boleh tumbuh sehingga 8 meter dan mempunyai daun-daun bercuping. Betik mengeluarkan tiga jenis bunga; iaitu jantan, betina dan dua jantina. Pada pokok jantan, bunga-bunga terdapat dalam jambak dihujung tangkai panjang. Pada pokok betina, bunga-bunganya bertangkai pendek dan terdapat di atas batang pokok. Bunga-bunga dua jantina (hermaphrodite) biasanya lebih panjang, bertangkai pendek dan terdapat di ketiak daun.
3 jenis bunga betik: Betina, dua jantina dan jantan

Bunga betina

Bunga dua jantina

Bunga jantan

Bunga 2 jantina
                                        
Terdapat berbagai bentuk, saiz dan warna buah betik. Buah daripada bunga dua jantina adalah bujur panjang, sementara buah daripada bunga betina adalah bulat. Warna kulit buah yang masak adalah kuning , merah jingga atau merah samar. Warna isi pula berbeza daripada kuning emas ke merah. Buah bergred A mempunyai berat sekitar 1 kg dan mempunyai kulit yang licin serta berbentuk bulat bujur.

Buah dari bunga betina

Buah dari bunga 2 jantina
                          



Betik sekaki juga mengeluarkan tiga jenis bunga, hanya pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina akan dikekalkan dan manakala pokok yang lain akan dibuang. Bagi memperolehi seratus peratus pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina, setiap lubang akan ditanam dengan tiga pokok betik dan kerja-kerja membuang pokok-pokok bukan dua jantina akan dibuat setelah pokok mengeluarkan bunga.

Pokok betik sekaki akan mengeluarkan bunga pada bulan ke empat, berbuah dan boleh dipetik pada bulan ke lapan. Proses pengeluaran buah adalah secara berterusan tanpa mengikut musim.Pokok perlu ditanam semula setelah pokok menjadi terlalu tinggi dan kerja-kerja memetik menjadi sukar.Pada kebiasaannya pokok akan ditebang pada tahun ketiga untuk proses penanaman semula.

Betik memerlukan tanah yang subur dan mengadungi saliran yang baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah gembur yang kaya dengan bahan organan. Betik sesuai ditanam diatas tanah yang rata hingga beralun. Ia tidak tahan keadaan air bergenang, walaupun dalam jangkamasa yang pendek. Dianggarkan seekar tanah boleh ditanam sehingga 500 pokok betik.

                                                                                                                                                 PENYEDIAAN TANAH

Kawasan yang telah dipilih perlu dibersihkan, dibajak dan dibuat batas bagi mengelak air daripada  bertakung ketika hujan lebat. Batas yang telah dinaikkan dengan menggunakan pembajak perlu dibuat lubang dengan jarak 8 kaki diantara pokok dan 10 kaki diantara batas. Setiap lubang perlu dimasukkan dengan baja organan yang sesuai untuk pembesaran anak pokok.


Rumpai perlu dibuang dengan cara meracun atau menebas
Tapak yang telah dibersihkan


Tapak yang telah dibajak piring
Batas diperlukan bagi kawasan yang mempunyai masalah air bertakung

Capur ditabur untuk tanah yang mempunyai kadar PH yang rendah

Tanah dicampurkan dengan baja organik

 MENANAM

Betik dibiak daripada biji benih.Sebanyak 4-5 biji benih dimasukkan ke dalam beg plastik yang telah diisi dengan 80 peratus tanah gembur dan 20 peratus tanah medium. Setelah biji benih tumbuh, hanya 3 pokok dikekalkan dan manakala selebihnya dipindahkan ke beg plastik yang mempunyai kadar pertumbuhan kurang daripada 3 pokok. Anak pokok dijaga ditapak semaian  selama 2 bulan sebelum dipindahkan ke ladang pada musim hujan. Anak benih boleh disemai dalam tray atau polibag. Pembesaran anak benih yang disemai dalam tray agak pelahan berbanding dalam polibag kerana faktor ruang yang sempit. Tapak semaian mestilah dilindungan daripada cahaya sehingga 70% dengan cara memasang jaring atau diletakkan dibawah pokok bagi mewujudkan suasana yang sesuai bagi pertumbuhan benih.


Tapak semaian yang dilindungi daripada pacaran terus cahaya matahari


Anak benih diletakkan dibawah pokok

Semaian dalam tray (100% pit mos)

Semaian dalam polybag (20% pitmos & 80% Top soil)

Anak Benih yang disemai dalm polibag lebih sepat membesar


Anak pokok dipindahkan ke ladang apabila berumur 2 bulan


Anak pokok yang baru dipindahkan perlu disiram bagi mengelakkan daripada kering

Pokok betik yang berusia 3 bulan

Pokok yang berusia 4 bulan dan sedia untuk mengeluarkan bunga

KAWALAN RUMPAI

Biasanya ladang betik sentiasa dijaga bersih daripada rumpai bagi mengelakkan pembesaran pokok terbantut. Ketika pokok masih kecil, kawalan rumpai dibuat dengan mencabut atau mencangkul disekeliling pangkal pokok. Setelah pokok mencapai ketinggian 5 kaki, kawalan rumpai boleh dibuat dengan cara menyembur racun.
PENGAIRAN

Pokok betik memerlukan air semasa pokok masih muda dan juga semasa kemarau yang berpanjangan . Ketiadaan air untuk jangkamasa yang panjang boleh menyebabkan pokok terbantut, bunya gugur dan akibatnya hasil akan menjadi susut. Pokok-pokok muda perlu disiram 2-3 kali seminggu dan pokok-pokok yang telah matang disiram seminggu sekali. Pengairan secara titis dan semburan adalah yang paling sesuai untuk tanaman betik.
Pump diperlukan untuk menyalurkan air ke ladang
Sumber air dari kolam takungan
Sumber air bawah tanah
Sistem saliran
Pengairan jenis top pray
Pengairan jenis botton mini spray


Pengairan jenis titis
Pengairan jenis titis

            PENGUTIPAN HASIL

Pokok betik mengeluarkan bunga setelah 4-5 bulan dan buah boleh dipungut mulai 8 bulan.Peringkat yang paling sesuai untuk memetik buah ialah ketika buah tua dan mempunyai tanda-tanda kekuningan, tetapi sebelum mula masak. Walaupun betik berbuah sepanjang tahun, terdapat masa pengeluaran hasil maksimun dan minimun. Ini bergantung kepada cuaca dan umur pokok itu sendiri. Buah betik boleh dipungut setiap 3 hari sekali.



Pokok yang berusia 5 bulan
Usia 7 bulan
Buah yang masih muda
 
Warna buah yang telah matang
Buah yang telah masak
Memetik buah yang telah matang
Buah diangkut keluar daripada ladang

Buah perlu digred mengikut saiz dan bentuk

Buah perlu dibalut bagi mengelakkan kecederaan pada kulit

Sedia untuk dipasarkan


Selamat Datang Ke Ladang Betik Lekir Agro