Thursday, January 26, 2012

Projek betik sekaki/Papaya/Papau - Sistem Pengairan.

Sistem pengairan perlu disediakan bagi menghadapi
musim kering (mei & jun), Pembesaran buah dan pokok akan terencat
 sekiranya tidak mendapat air yang cukup.
Sumber bekalan air boleh diperolehi daripada
 sungai, kolam atau pun bawah tanah.
Untuk projek kali ini LekirAgro menggunakan air
 bawah tanah yang ditebuk menggunkan
 kaedah tube well. Sebanyak 3 lubang ditebuk ,
 dengan setiap satu mempunyai kedalaman
sehingga125kaki. Air dibekalkan ke pokok dengan menggunakan pump
 yang disambung ke pengagih jenis sprinkler dan drip.
 Pengagih jenis springkler lebih bagus kerana disamping
membekalkan air kepada pokok, ianya juga boleh menyejukkan
kawasan persekitaran.









Poly paip digunakan kerana tahan lebih lama.




Drip



Prinkler system















Prinkler system melakukan tugas dengan baik.

Sunday, January 15, 2012

Projek betik Sekaki/Papaya/Papau-Tapak Semaian

Tapak semaian (01.11.2011)
Tapak semaian dengan keluasan 25x20 kaki persegi disediakan
untuk dijadikan tapak menjaga anak benih sebelum dapat dipindahkan
 ke tapak projek. Polibeg diisi dengan top soil dan dibahagian atas disisi
dengan pit moss untuk pembesaran anak pokok yang masih kecil.
Tapak semaian ditutup dengan plastik yang dapat menapis pancaran terus cahaya matahari
sehingga 70% bagi mengelakkan anak benih menjadi kering.


polibeg yang diisi denagn top soil



Polibeg disusun dibawah pondok yang teduh



Polibeg yang telah diisi dengan pit moss


Suasana dibawah tapak semaian yang teduh




dah mula tumbuh



Anak benih berusia 10 hari


20 hari




Dipindahkan ke polibeg








Usia 30hari



40 hari