Hubungi Kami Di : www.lekiragro@gmail.com

Hubungi kami : www.lekiragro.gmail.com

Manjung, Perak, Malaysia
Lekir Agro didaftarkan pada Tahun 2007 secara perkongsian bagi tujuan menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan pertanian seperti membekal/membeli input pertanian/ternakan, mengambil upah membersihkan tanaman, mengusahakan ladang buah-buahan/sayur-sayuran dan kedai yang membekal/menjual buah-buahan serta produk IKS yang berkaitan.

Sunday, September 18, 2011

Sekitar Lawatan Ke Kebun Betik Sekaki di Daerah Bidor

Lawatan ke kebun betik sekitar Bidor bertujuan untuk mengunpul data dan mencari benih yang terbaik untuk projek tanaman betik sekaki seluas 2 ekar. Perjalanan dilakukan pada 25 Ogos 2011 bermula dari Manjung, melalui Kayan, Seberang Perak, Teluk Intan, Bidor, Tapah, Kampar, Gopeng, Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Titi Gantung dan berakhir di Air Tawar. Setelah meneliti semua maklumat yang diperolehi, pekebun betik dikawasan Bidor membuat benih betik sediri. Ini hasil daripada maklumat yang diperolehi daripada Kedai baja/racun yang mereka tidak menjual benih betik. Daripada tinjauan dikebun betik, mendapati terdapat beberapa jenis buah yang dihasilkan walaupun kesemuanya adalah daripada baka yang sama. 
















































Sekitar Kampung Bukit Endoi

Kampung Bukit Endoi terletak di daerah Baling Kedah.
Dikekelilingi beberapa kampung lain seperti Kg Parit Panjang, Kg Tembak A dan Kg Tembak Ulu.
Kebanyakkan penduduk bekerja sebagai penoreh getah dan kilang di Kulim, Sg. Petani dan Penang.
Sejak tahun1990 hingga sekarang tidak banyak perubahan yang berlaku. Dari pemerhatian aku, perubahan yang ketara sekarang banyak tanah2 yang dulunya terbiar telah diusahakan dengan tanaman getah dan sawit.



Kebun Getah yang sudah tua/ mempunyai kulit yg sudah rosak perlu ditanam semula.
Dengan harga kayu getah yang tinggi ,tidak menjadi masalah untuk mendapatkan modal tanaman
semula. Tambahan pula Pihak RISDA ada menyediakan Skim Tanaman Semula bagi pekebun Kecil.



 .



 Dengan permintaan kayu getah yang tinggi, yang tinggal hanyalah 
ranting kecil dan akar . Kerja-Kerja menanam semula boleh
 dilakukan dalam tempoh sebulan. Jika dulu mnegmbil masa sehingga setahun.


Sawit yang ditanam dikawasan berpaya hidup dengan subur.
Gambar diambil ketika musim banjir.
Kawasan paya ditebus guna dengan membuat parit/ bam 
bagi mempercepatkan pengaliran  air.







 Tanaman seperti nanas, tembakau, tembikai  
ditanam sebagai tanaman sambilan/tutup bumi.