Hubungi Kami Di : www.lekiragro@gmail.com

Hubungi kami : www.lekiragro.gmail.com

Manjung, Perak, Malaysia
Lekir Agro didaftarkan pada Tahun 2007 secara perkongsian bagi tujuan menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan pertanian seperti membekal/membeli input pertanian/ternakan, mengambil upah membersihkan tanaman, mengusahakan ladang buah-buahan/sayur-sayuran dan kedai yang membekal/menjual buah-buahan serta produk IKS yang berkaitan.

Monday, December 26, 2011

Telaga Batu/Air Mata air/Air Bukit

Air mata air/ air bukit atau lebih dikenali oleh penduduk
sekitar sebagai air telaga batu Kg Bukit Endoi. Sejak aku kecik2 lagi
air ini dah mengali keluar daripada bukit yang ditarah untuk dibuat jalan.
Inilah tempat perhentian wajib aku dulu setelah penat mengayuh basikal
 pulang dari sekolah untuk membasahkan tekak. Air sejuk dan jernih tanpa 
pencemaran ini mempunyai rasa yang enak, tidak hairanlah penduduk sekitar
daerah ini sanggup datang dari jauh untuk mengambil air ini sebagia air minuman harian.
Sesiapa yang yang pernah minum air bukit ini pasti mengaku tentang keenakannya berbanding 
 air yang ditapis atau air mineral  yang dibeli dari kedai. Ada juga aku bertanya kepada
orang luar yang datang mengambil air disini, kenapa sanggup datang dari jauh. Katanya boleh,
menjadi penawar kepada pasangan yang sukar mendapat anak, itu kepercayaan masing2.
Pernah satu ketiga aku simpan air ini lebih dari setahun,
 air masih dalam keadan baik tanpa sedikit pun keladak yang terbentuk.
Aku jugak tak pernah lepaskan peluang angkut satu kereta penuh air
setiap kali pulang ke kampung.

Ramai orang luar datang


Tembok dibina bagi menghalang binatang masuk kesini,
i don't like cik bi.




Pembantu tambir rendah aku


Bersih lagi suci

Pembantu terbaik 2011

Angkat2. Wa bikin ini tempat untuk olang suka2 angkat

dah penuh


Angkut jangan x angkut.

Sunday, December 25, 2011

Underground water/ Tube well


Oleh kerana tapak baru tak ada kolam takungan air.
 Jadi air dari bawah tanah terpaksa digunakan.
Tiga lubang bersaiz 1.5 inc dengan kedalaman setiap satu 125 kaki
telah berjaya digali dengan kaedah tube well.
Khidmat apek tulang besi ditagih sekali lagi.

Menyemai benih Betik Sekaki\One Feet Papaya\Papau

Benih perlu diremdam semalaman dengan suhu air permulaan 60degreeC.
Kemudian Biji benih ditoskan dan dibalut dengan kain tebal yang boleh
menyimpan kelembapan. Benih ditempatkan ditempat gelap dan mula pecah/mata tunas
Selepas 5 hari.


Rupa biji benih yang sebelum diremdam



Suhu air 60degreeC




Rupa biji benih selepas diremdam




Dibalut dengan kain dan simpan selama lima Hari

Selepas lima hari, biji benih akan pecah dan mengeluarkan tunas.
Biji benih yang sudah bertunas boleh dipindahkan ke polibeg.

Friday, December 16, 2011

Projek betik sekaki/ One Feet Papaya/Papau Tapak Baru

Projek : Betik Sekaki/ One Feet Papaya/Papau
Keluasan : 6 ekar
Kepadatan : 3000 pokok
Tarikh mula : 01.12.2011
Tarikh jangkaan kutipan hasil : 01.09.2012
Lokasi : Lekir, Manjung, Perak








Pemandangan yang aman dan damai




Jentera pemusnah dah datang

Bajak piring

Lu kasi hamtam ini kebun kasi lembut.

wa tak mau, wa mau balik.


Bagau oh bagau kenapa engkau kurus


Banyak burung bangau, tumpang cari makan.


Dua  biji traktor sekali gus