Hubungi Kami Di : www.lekiragro@gmail.com

Hubungi kami : www.lekiragro.gmail.com

Manjung, Perak, Malaysia
Lekir Agro didaftarkan pada Tahun 2007 secara perkongsian bagi tujuan menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan pertanian seperti membekal/membeli input pertanian/ternakan, mengambil upah membersihkan tanaman, mengusahakan ladang buah-buahan/sayur-sayuran dan kedai yang membekal/menjual buah-buahan serta produk IKS yang berkaitan.

Saturday, November 6, 2010

Manual Tanaman Betik Sekaki


PENGENALAN KEPADA BETIK SEKAKI

Betik adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai batang bertisu lembut dan bergetah. Pokoknya boleh tumbuh sehingga 8 meter dan mempunyai daun-daun bercuping. Betik mengeluarkan tiga jenis bunga; iaitu jantan, betina dan dua jantina. Pada pokok jantan, bunga-bunga terdapat dalam jambak dihujung tangkai panjang. Pada pokok betina, bunga-bunganya bertangkai pendek dan terdapat di atas batang pokok. Bunga-bunga dua jantina (hermaphrodite) biasanya lebih panjang, bertangkai pendek dan terdapat di ketiak daun.
3 jenis bunga betik: Betina, dua jantina dan jantan

Bunga betina

Bunga dua jantina

Bunga jantan

Bunga 2 jantina
                                        
Terdapat berbagai bentuk, saiz dan warna buah betik. Buah daripada bunga dua jantina adalah bujur panjang, sementara buah daripada bunga betina adalah bulat. Warna kulit buah yang masak adalah kuning , merah jingga atau merah samar. Warna isi pula berbeza daripada kuning emas ke merah. Buah bergred A mempunyai berat sekitar 1 kg dan mempunyai kulit yang licin serta berbentuk bulat bujur.

Buah dari bunga betina

Buah dari bunga 2 jantina
                          



Betik sekaki juga mengeluarkan tiga jenis bunga, hanya pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina akan dikekalkan dan manakala pokok yang lain akan dibuang. Bagi memperolehi seratus peratus pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina, setiap lubang akan ditanam dengan tiga pokok betik dan kerja-kerja membuang pokok-pokok bukan dua jantina akan dibuat setelah pokok mengeluarkan bunga.

Pokok betik sekaki akan mengeluarkan bunga pada bulan ke empat, berbuah dan boleh dipetik pada bulan ke lapan. Proses pengeluaran buah adalah secara berterusan tanpa mengikut musim.Pokok perlu ditanam semula setelah pokok menjadi terlalu tinggi dan kerja-kerja memetik menjadi sukar.Pada kebiasaannya pokok akan ditebang pada tahun ketiga untuk proses penanaman semula.

Betik memerlukan tanah yang subur dan mengadungi saliran yang baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah gembur yang kaya dengan bahan organan. Betik sesuai ditanam diatas tanah yang rata hingga beralun. Ia tidak tahan keadaan air bergenang, walaupun dalam jangkamasa yang pendek. Dianggarkan seekar tanah boleh ditanam sehingga 500 pokok betik.

                                                                                                                                                 PENYEDIAAN TANAH

Kawasan yang telah dipilih perlu dibersihkan, dibajak dan dibuat batas bagi mengelak air daripada  bertakung ketika hujan lebat. Batas yang telah dinaikkan dengan menggunakan pembajak perlu dibuat lubang dengan jarak 8 kaki diantara pokok dan 10 kaki diantara batas. Setiap lubang perlu dimasukkan dengan baja organan yang sesuai untuk pembesaran anak pokok.


Rumpai perlu dibuang dengan cara meracun atau menebas
Tapak yang telah dibersihkan


Tapak yang telah dibajak piring
Batas diperlukan bagi kawasan yang mempunyai masalah air bertakung

Capur ditabur untuk tanah yang mempunyai kadar PH yang rendah

Tanah dicampurkan dengan baja organik

 MENANAM

Betik dibiak daripada biji benih.Sebanyak 4-5 biji benih dimasukkan ke dalam beg plastik yang telah diisi dengan 80 peratus tanah gembur dan 20 peratus tanah medium. Setelah biji benih tumbuh, hanya 3 pokok dikekalkan dan manakala selebihnya dipindahkan ke beg plastik yang mempunyai kadar pertumbuhan kurang daripada 3 pokok. Anak pokok dijaga ditapak semaian  selama 2 bulan sebelum dipindahkan ke ladang pada musim hujan. Anak benih boleh disemai dalam tray atau polibag. Pembesaran anak benih yang disemai dalam tray agak pelahan berbanding dalam polibag kerana faktor ruang yang sempit. Tapak semaian mestilah dilindungan daripada cahaya sehingga 70% dengan cara memasang jaring atau diletakkan dibawah pokok bagi mewujudkan suasana yang sesuai bagi pertumbuhan benih.


Tapak semaian yang dilindungi daripada pacaran terus cahaya matahari


Anak benih diletakkan dibawah pokok

Semaian dalam tray (100% pit mos)

Semaian dalam polybag (20% pitmos & 80% Top soil)

Anak Benih yang disemai dalm polibag lebih sepat membesar


Anak pokok dipindahkan ke ladang apabila berumur 2 bulan


Anak pokok yang baru dipindahkan perlu disiram bagi mengelakkan daripada kering

Pokok betik yang berusia 3 bulan

Pokok yang berusia 4 bulan dan sedia untuk mengeluarkan bunga

KAWALAN RUMPAI

Biasanya ladang betik sentiasa dijaga bersih daripada rumpai bagi mengelakkan pembesaran pokok terbantut. Ketika pokok masih kecil, kawalan rumpai dibuat dengan mencabut atau mencangkul disekeliling pangkal pokok. Setelah pokok mencapai ketinggian 5 kaki, kawalan rumpai boleh dibuat dengan cara menyembur racun.
PENGAIRAN

Pokok betik memerlukan air semasa pokok masih muda dan juga semasa kemarau yang berpanjangan . Ketiadaan air untuk jangkamasa yang panjang boleh menyebabkan pokok terbantut, bunya gugur dan akibatnya hasil akan menjadi susut. Pokok-pokok muda perlu disiram 2-3 kali seminggu dan pokok-pokok yang telah matang disiram seminggu sekali. Pengairan secara titis dan semburan adalah yang paling sesuai untuk tanaman betik.
Pump diperlukan untuk menyalurkan air ke ladang
Sumber air dari kolam takungan
Sumber air bawah tanah
Sistem saliran
Pengairan jenis top pray
Pengairan jenis botton mini spray


Pengairan jenis titis
Pengairan jenis titis

            PENGUTIPAN HASIL

Pokok betik mengeluarkan bunga setelah 4-5 bulan dan buah boleh dipungut mulai 8 bulan.Peringkat yang paling sesuai untuk memetik buah ialah ketika buah tua dan mempunyai tanda-tanda kekuningan, tetapi sebelum mula masak. Walaupun betik berbuah sepanjang tahun, terdapat masa pengeluaran hasil maksimun dan minimun. Ini bergantung kepada cuaca dan umur pokok itu sendiri. Buah betik boleh dipungut setiap 3 hari sekali.



Pokok yang berusia 5 bulan
Usia 7 bulan
Buah yang masih muda
 
Warna buah yang telah matang
Buah yang telah masak
Memetik buah yang telah matang
Buah diangkut keluar daripada ladang

Buah perlu digred mengikut saiz dan bentuk

Buah perlu dibalut bagi mengelakkan kecederaan pada kulit

Sedia untuk dipasarkan


Selamat Datang Ke Ladang Betik Lekir Agro









 

38 comments:

  1. Apakah di Malaysia sudah ada Buah Betik/ Pepaya IPB-9 uang bentuk buahnya Silindris,tektur keras,Tingkat Manisnya 11 Brix tahan lama dan Buah kelas solo atau kecil juga buah betik atau pepaya Varietas Merah Delima yang tingkat Manisnya bisa Mencapai 17 Brix karena kebetulan kamu juga usahanya di bidang agrobisnis Betik di Jawa ok Salam Sukses untuk saudaraku..di Malaysia..b

    ReplyDelete
  2. belum ada. dimalaysia hanya da jenis 1 feet (panjang bojor) and isotika (kecil dan bulat)

    ReplyDelete
  3. salam,

    berapakah anggaran modal diperlukan untuk mengusahakan tanaman betik pada keluasan 1 ekar? saya ingin memulakan dalam skala kecil terlebih dahulu sebelum meningkatkan penanaman secara berperingkat. boleh cadangkan jenis betik yang sesuai dan mempunyai pasaran yang baik di Malaysia untuk saya tanam. dimanakah saya boleh mendapatkan benih betik tersebut.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Mudal permulaan agak tinggi RM5K seekar. Termasuk kos penyediaan tanah, pernyediaan anak benih dan sistem siraman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan saya nak tanam betiksekaki bolih tak guied saya

      Delete
  5. salam.. saya nak tanya,, apa jenis baja yang sesuai untuk pokok betik dari mula hingga menghasilkan buah? racun serangga apa yang sesuai untuk pokok betik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Salam,bgaimana dengan pasaran bagi betik sekaki ini di malaysia?

    ReplyDelete
  7. Asslm, sy nk beli benih betik sekaki. Mana blh dpt?

    ReplyDelete
  8. blh order dr tanamsendiri.com
    encik iskandar

    ReplyDelete
  9. Maaf..boleh jual benih betik kaki sedikit..

    ReplyDelete
  10. Pasaran betik x ada masalah. betik cuma banyak pada musim2 tertentu sahaja. boleh dijual terus digerai, kepada pemborong, atau kilang jeruk.

    ReplyDelete
  11. benih sedikit boleh buat sendiri. pergi kedai buah, pilih buah yang cantik dan masak/ belah dan ambik biji. Tabur dalam pasu bunga yang diisi dengan tanah utk semaian (tanah hitam).

    ReplyDelete
  12. Tunggu sampai benih tumbuh dan pindah ke tempat yg hendak ditanam.

    ReplyDelete
  13. assalam. tuan ada ke benih betik sekaki. saya ingin membeli. kalau ada sms saya di 011 26089839 yer

    ReplyDelete
  14. Saya berminat utk mbeli biji benih betik sekaki. No hp saya 0128449743

    ReplyDelete
  15. Saya ada menjual bijibenih Betik Sekaki untuk keperluan 1 Hacsahaja 120gm. buat masa ini.( sistem tanaman 3 pokok selubang) 0174711904 sufian suri (bhg Hortikultur ) perak.

    ReplyDelete
  16. Saya ada menjual bijibenih Betik Sekaki untuk keperluan 1 Hacsahaja 120gm. buat masa ini.( sistem tanaman 3 pokok selubang) 0174711904 sufian suri (bhg Hortikultur ) perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi apa maksud 1 Hac.. 1 hektarka.. masi available ka benih betik sekaki..

      Delete
  17. Saya ade tanam betik sekaki keluasan tanaman 3ekar tapi blum ade pasaran. # tergganu

    ReplyDelete
  18. TEKNOLOGY NANOSPADA

    Kami ada beberapa produk yang boleh membantu anda untuk mengapuskan bakteria dan kulat dan bagi perlingungan sepenuhnya pada tanaman anda. Produk kami untuk diedarkan ke pasaran dapat memberi kesan yang amat bagus pada penjagaan tanaman dan peningkatan hasil.

    Untuk keterangan lanjut sila klik link blogger kami : http://blogperlindungantanaman.blogspot.my

    Untuk tempahan produk atau pertanyaan sila sms atau whatsapp ke no telefon : 01120205784(Cik Mila)

    ReplyDelete
  19. TEKNOLOGY NANOSPADA

    Kami ada beberapa produk yang boleh membantu anda untuk mengapuskan bakteria dan kulat dan bagi perlingungan sepenuhnya pada tanaman anda. Produk kami untuk diedarkan ke pasaran dapat memberi kesan yang amat bagus pada penjagaan tanaman dan peningkatan hasil.

    Untuk keterangan lanjut sila klik link blogger kami : http://blogperlindungantanaman.blogspot.my

    Untuk tempahan produk atau pertanyaan sila sms atau whatsapp ke no telefon : 01120205784(Cik Mila)

    ReplyDelete
  20. Saya dapat tempahan untuk supply betik ke negara luar. Mintak hubungi saya seberapa segera di 012 231 2720. (Shawal)

    ReplyDelete
  21. Teknologi baru untuk bagi perlindungan pada tanaman anda,sila klik link blog kami .

    http://blogperlindungantanaman.blogspot.my/2016/02/pengenalan-teknologi.html

    ReplyDelete
  22. Teknologi baru untuk bagi perlindungan pada tanaman anda,sila klik link blog kami .

    http://blogperlindungantanaman.blogspot.my/2016/02/pengenalan-teknologi.html

    ReplyDelete
  23. Teknologi baru untuk bagi perlindungan pada tanaman anda,sila klik link blog kami .

    http://blogperlindungantanaman.blogspot.my/2016/02/pengenalan-teknologi.html

    ReplyDelete
  24. assalam blh sy dapatkan benih betik
    afiqq77@yahoo.com
    kalau blh email kat sy utk belian

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  27. Assalamualaikum

    Benih Betik Sekaki/ Hong Kong
    _Benih standart Ladang ..._
    *Manual Penyemaian disediakan*

    _Harga biasa 20biji benih Rm10_

    Sehingga 31December2016
    *Rm13 sepeket (35 biji benih)*
    + Pos Biasa (FREE)
    +Pos express (FREE)
    +Pos Laju Rm 7.00

    Dapatkan sekarang!!

    CEPAT ORDER SEBELUM KEHABISAN STOK

    WHATSApp : *018 9036037*
    WHATSApp : *018 9036037*
    WHATSApp : *018 9036037*

    Bank in kan kepada:

    Bank Islam : 1306 201 001 2383
    Atas Nama: SRA NETWORK ENTERPRISE
    @
    Cimb Bank : *7612806115*
    Atas nama : SAIFULLAH BIN MUHAMAD SALIM

    Kenali BETIK Sekaki

    http://animhosnan.blogspot.my/2016/09/tanam-betik-dalam-polibeg-unik.htmlnik.html?m=1

    http://animhosnan.blogspot.my/2014/07/betik-varieti-sekaki.html?m=1

    ReplyDelete
  28. saya ada menjual anak pokok betik sekaki
    sedia menerima tempahan
    jika berminat hubungi /wasap 0196886138
    www.wasap.my/60196886138
    web www.mudah.my/mudah-je

    ReplyDelete
  29. Boleh saya tahu alamat ladang betik ini?

    ReplyDelete
  30. Mana nak dapat SOP penanaman dan penjaggan betik? Tq

    ReplyDelete