Hubungi Kami Di : www.lekiragro@gmail.com

Hubungi kami : www.lekiragro.gmail.com

Manjung, Perak, Malaysia
Lekir Agro didaftarkan pada Tahun 2007 secara perkongsian bagi tujuan menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan pertanian seperti membekal/membeli input pertanian/ternakan, mengambil upah membersihkan tanaman, mengusahakan ladang buah-buahan/sayur-sayuran dan kedai yang membekal/menjual buah-buahan serta produk IKS yang berkaitan.

Thursday, May 3, 2012

Ladang Lembu Fidlot NALDAA ENT.

Ladang ternakan NALDAA yang terletak di BT14 Lekir memelihara pelbagai jenis ternakan seperti lembu, kambing dan kerbau dengan tujuan untuk mendapatkan daging. Dengan bantuan seorang kawan aku berjaya menjejak ladang ternakan ini untuk mendapat bahan utama membuat baja organanik/MO. Rumput separa hadam yang diperolehi daripada rumen mengandungi bakteria baik yang active menjalankan proses pencernaan. Bakteria-bakteria ini diumpan keluar dengan cairan gula merah dan dicampurkan ke dalam bahan buangan bagi mengantikan Yakult yang selalu digunakan untuk mendapatkan bakteria baik dalam proses membuat baja organik.
Sisa dari kilang sawit
Dedak
Dedak dan sisa sawit dicampurkan untuk dijadikan makanan lembu.
Lunch time. Sedap woo, jemput makan sekali.pekena dengan air parit sedap neh.
Lembu dan kandang hendaklah sentiasa bersih bagi mengelak jangkitan penyakit. Siapa cakap lembu tak mandi.
Mata lebam, gaduh gan bini
Baka Brahman sesuai digunakan sebagai induk kerana mempunyai saiz yang besar.
Tempat sembelihan.

2 comments:

  1. Boleh ke kalau kami nak buat lawatan? Ada apa syarat ke?

    ReplyDelete
  2. Saya akan sangat mengesyorkan perkhidmatan pembiayaan meridian Le_ kepada sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan dan mereka akan membuat anda berada di atas direktori tinggi untuk sebarang keperluan selanjutnya. Sekali lagi saya memuji diri anda dan kakitangan anda untuk perkhidmatan dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, kerana ini merupakan aset yang hebat untuk syarikat anda dan pengalaman yang menyenangkan kepada pelanggan seperti saya sendiri. Mengharapkan anda semua yang terbaik untuk masa depan. Perkhidmatan pembiayaan meridian adalah cara terbaik untuk mendapatkan pinjaman mudah, di sini ada email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau bercakap dengan Encik Benjamin Pada WhatsApp Via_ 1-989-394-3740 Terima Kasih untuk membantu saya dengan pinjaman sekali lagi dengan sepenuh hati saya bersyukur selama-lamanya.

    ReplyDelete