Hubungi Kami Di : www.lekiragro@gmail.com

Hubungi kami : www.lekiragro.gmail.com

Manjung, Perak, Malaysia
Lekir Agro didaftarkan pada Tahun 2007 secara perkongsian bagi tujuan menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan pertanian seperti membekal/membeli input pertanian/ternakan, mengambil upah membersihkan tanaman, mengusahakan ladang buah-buahan/sayur-sayuran dan kedai yang membekal/menjual buah-buahan serta produk IKS yang berkaitan.

Monday, December 17, 2012

Projek Sawit Teluk Intan

Projek : Tanam Sawit Keluasan : 2.98ekar Lokasi : Teluk Intan Kepadatan : 150pokok Usia : 1 tahun Tarikh Tanam : 01.08.2012 Boring4. Sejak menhentikan operasi kebun betik buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada tanaman selingan lain. Aktiviti aku kurang sampai 50% dan lepak kat rumah je. Ini dah lari daripada normal hidup aku yang sentiasa sibuk dan tak boleh duduk diam. Otak mule le fikir nak buat apa pulak, memandangkan modal projek masih ada aku ambil keputusan beli tanah kosong di teluk intan.Maka bermulalah episod baru kerja2 menanam sawit.
Inilah rupanya tanah tu. Semak sikit sebab dah lama owner tinggal.
Proses pembesihan giat dijalankan.
Pokok lama usia dah lebih 20 tahun. Plan nak racun je bagi mati sebab dah tak produktif.
Ni ha 2 bijik traktor yang tolong bersihkan kebun aku.
Ok. Kerja2 pembesihan dah selesai. Nak order anak benih pulak.

No comments:

Post a Comment